Tuesday, January 27, 2015

Penat tapi aku bahagia

Posted by Farah Nuranis at Tuesday, January 27, 2015 0 comments

Menjadi ibu kepada lima orang anak menjadikan aku lengkap sebagai seorang wanita. SYUKUR ALHAMDULILAH

Walaupun penat dan letih tapi inilah sebenarnya kebahagiaan kami sekeluarga. Hanya satu yang kudoakan buat anak2ku semoga menjadi anak yang beriman dan bertakwa.

Doa mama sentiasa mengiringi hingga keakhir hayat mama.

Thursday, December 18, 2014

Hidayah itu anugerah dari Allah swt

Posted by Farah Nuranis at Thursday, December 18, 2014 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba hati menjadi sayu dan sebak ,entah mengapa semakin di renung dan dikenang hati lagi menjadi pilu sangat. Demi Allah SWT doaku padaNya tak pernah putus mendoakan mereka yang paling aku sayangi mendapat hidayah dariNya untuk memeluk agama islam. Pernah dan selalu ketika ada kesempatan dan ruang untuk aku berdakwah kepadanya tentang indahnya agama islam, namun aku bukanlah tahu dan arif tentang agama islam sehingga mampu membawa mereka memeluk agama yang suci ini.

Ibuku insan yang telah melahirkan aku kedunia...katanya biarlah mama dengan agama asal mama ni, nanti x bersatu dengan keluarganya terutama ibunya katanya...lagilah sebak hatiku yang dah memang sayu ini...Ya Allah ya Tuhan kami engkau berikan hidayah kepada ibuku dan keluargaku yang lain semoga mereka akan merasai nikmatnya perasaan menunaikan solat menunaikan puasa di bulan ramadhan dan perasaan sebagai muslimin dan musliman . Setiap solat doaku tak pernah putus moga hatinya terbuka dalam agama islam. Doakan ibuku diberikan hidayah itu...amin

Tuesday, October 14, 2014

Syafiah anak mama

Posted by Farah Nuranis at Tuesday, October 14, 2014 0 comments
permata hati mama dan abah....syukur alhamdulilah

Sawohku Om Tambalutku(Suamiku Dan Kawanku) selamat hari jadi abg...

Selamat hari jadi buat suamiku

minta maaf abang tak ade ape hadiah yang istimewah buatmu tapi yang pasti ada hadiah yang paling berharga buat abang...Farah Nuramani Syafiah semoga Syafiah dapat menjadi anak yang dapat abang banggakan dan menjadi anak yang solehah amin..

Sambil mendukung dan menenenkan Syafiah ,ayang dapat juga buat ucapan buat abang...

Abang semoga abang sentiasa sihat walafiat dan dengar cakap ayang...hhehe
walau dalam pantangpun sempat juga update blog ni kan?:)

ucapan yang lain2 tu nantilah ayang bagitau sebab si syafiah ni merengek dah..
sedar tak sedar dah lima orang rakyat jelata kita abg...huhuhu..walau sakit pun masih kuat mengandung dan beranak...tulah orang cakap tak sedar diri :(

syukur alhamdulilah dalam mengandungkan syafiah doktor mengesahkan yang ayang bebas dari rutin harian makan ubat keramat tu..jadilah baby ni nama syafiah yang maksudnya kesembuhan..

lagi satu setiap anak tu membawa rezeki buat kedua orang tuanya dan syukur alhamdulilah....

Wednesday, January 15, 2014

ALAH BISA,TEGAL BIASA....

Posted by Farah Nuranis at Wednesday, January 15, 2014 0 comments
Malam semakin larut mata macam tak mengantuk...emmm mungkin sebab terlebih makan tadi kut.
Tiba-tiba teringat tempatku meluahkan dalam hati yang hanya aku jer yang faham kut...esok budak2 tu sekolah lagi tapi semua dah beres dah tinggal nak siapkan budak2 ngan bapa budak tu jer dgn sarapan speselku nasi goreng ala2 cina (spesellah konon...huhu)
       Nak mula dari mana pun tak tau mungkin otak dah berkarat kut tiba2 mcm blurr2 jer ni...emmm hentam jerlah labu...Tahun ni hari ni dan sekarang genaplah usiaku 36 tahun huhuhu...dah tua rupanya aku ni...rasa mcm baru jer semalam balik dari sekolah  rendah.. tuptup sekarangg dah anak empat orang dah....hehe cepat sangat masa berlalu .Sepanjang perjalanan usia sekarang memang banyak yang manis pahit dan tawar2 pun ada juga tapi dah namanya kehidupan, kena hadapinya walau pahit macam hempedupun harus ditelan...rasa tu belakang kiralah, Janji hidup harus diteruskan demi orang yang tersayang dan demi satu kehidupan, yang dah tertulis tu adalah takdir kita didunia. Syukur alhamdulilah atas anugerah yang tak terhingga ,anak2 yang semakin membesar ada didepan mata....syukur alhamdulilah......walau jauh dari keluarga dikampung nun disabah sana tapi aku bahagia dengan keluargaku disini...keluarga kecilku dan keluarga besar suamiku.Walau jauh dari keluarga yang dirindui selalu.
  Kadang kesunyian datang bertandang kala anak2 ke sekolah ,suami pergi kerja tapi tu semua alah bisa tegal biasa tapi terkadang fikiran melayang-layang jauh disana juga. Tempat jatuh lagikah teringat ini kan pula tempat kita membesar dengan seribu kenangan terindah...
  Tahun ni ingat nak stop segala ubat2an dan sewaktu denganya dan rasa macam nak stop ke hospital....dan sekarang date dengan doktor Tee kat Hospital Kuantan dah berlalu ,bukan sengaja sebenarnya tapi terlupa.
Syukur alhamdulilah sekarang rasa macam dah sihat walafiat sakit tu dah berkurang cuma dia ni rindu kat tuan dia jadi kadang-kadang dia datang menjenguk-jenguk jugak...bagus2 sekurang2nya tuan tu tak lupa diri terus...doktor dah bagi kepercayaan tentang ubat tu...huhhuhu stok ada 2 bulan lagi....fuh lega...
   Sesiapa yang ada sakit yang  susah sikit naksembuh atau memang  macam tu jerlah....yang memang bergantung dengan ubat saya rasa cuba try ubat tablet Habatus sauda' dan serbuk habatus sauda'. Amalkan minum dalam tiga kali sehari inn sya Allah diberi kesembuhan .Naksembuh dan sihat kita kena iktihar dan usaha agar diberi kesembuhan dan yang paling penting doa kepadaNya.
  Mata dah layu tahap nak tidur bawah selimut ni....sejuk sungguh malam ni....terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yang mengingati hari yang mana amat bermakna ini...apapun selamat menjadi orang yang berusia buat diriku....huhuhu
 
Thursday, February 28, 2013

HABBATUS SAUDA UBAT BAGI SEGALA PENYAKIT

Posted by Farah Nuranis at Thursday, February 28, 2013 0 comments
Sakit satu perkataan yang semua orang takut...yang boleh merosakan kegembiraan seseorang tapi sakit itu juga boleh menjadi satu penghapus dosa2 kecil kita....syukur alhamdulilah saya antara orang2 yang terpilih untuk mendapat nikmat dariNya...

Saya akui memang bukan mudah untuk menerima pada mulanya tapi sekarang saya redha dan pasrah dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya untukku...walaupun berhadapan dengan sakit yang tak ada ubatnya tapi saya masih mampu tersenyum dan gembira...syukur  alhamdulilah saya masih orang yang bertuah dan beruntung kerana diberi peluang untuk bertaubat dan diberi peluang untuk menambahkan amal ibadat untuk bekal kita disana nanti....dah masuk tahun yang kelima saya bersama dengan penyakit bernama SLE sakit yang disebabkan terlebih antibodi dan dah macam-macam yang telah kami lalui bersama....memang ada hikmahnya...banyak sangat, saya mula cuba tak tinggalkan solat dan masih bertatih2 belajar selok belok agama .Kadang terlintas difikiran apa akan jadi kepada saya 10 tahun akan datang? masih bernafaskah lagi ataupun tidak?bermacam2 yang berligar2 difikiran kala sakit menyerang...hanya Tuhan saja yang tahu ,anak2 lah tolong urut atau tolong ambilkan air untuk makan ubat tatkala sakit menyerang saya akan berbaring sahaja seharian...suami walaupun jauh tapi tetap memantau tentang kesihatan begitu juga keluarga..saya akan cuba(buat2 sihat) menipu dan berbohong sebab tak nak mereka risau ..kalau boleh saya tak nak mereka risau dan susah hati cukuplah selama ini mereka saya telah susahkan...

sekarang ni saya memang bergantung sangat dengan ubat sehari tak makan ubat saya akan rasa kesannya...lesu ,letih dan sakit2 badan semua ada...nak makan ubat2 tak boleh makan tanpa pengetahuan doktor sebab ianya berbahaya sekarang saya cuma minum habatus sauda (betul ker ejaannya tu) kadang2selang seli minum madu, syukur alhamdulilah memang ada kesan rasa macam ada tenaga sikit dan rasa sihat, segar...

alamak....baby nangis pula....nanti saya akan sambung lagi.....

Friday, April 20, 2012

Doa mama untuk anak-anak mama

Posted by Farah Nuranis at Friday, April 20, 2012 0 comments
Satu perasaan yang sukar untuk diluahkan...kasih sayang dan cinta kepada keluarga. Walaupun digantikan dengan emas permata sekalipun pasti tak setanding nilai sebuah keluarga dan anak-anak yang disayangi.
Harta dan semuanya saya rela tinggalkan hanya satu yang terlalu sukar untuk dilepaskan kepada orang lain...anak-anak mama yang mama sayangi dan cintai hanya Tuhan yang tahu betapa besarnya sayang mama pada anak-anak mama ni, ingatlah mama akan sentiasa sayang kepada anak-anak mama.

Jika ditakdirkan mama tak boleh sama-sama lagi dengan anak-anak mama ni tolonglah jangan lupakan mama dan ingatlah bukan mama tak sayang tapi mungkin Allah lebih menyayangi.

apa yang tertulis ni bukanlah hanya sekadar tulisan mama terlalu takut akan kehilangan mama nanti akan merumitkan keadaan anak-anak mama walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan tapi memandangkan kesihatan mama yang tak menentu memaksa mama untuk berfikir dan terus berfikir.

Mama tahu anak-anak mama semua anak yang soleh dan solehah sentiasa jadi anak yang baik mendengar kata  dan yang paling penting sekali anak-anak mama ni sayang kat mama sangat-sangat, itu yang membuatkan mama terlalu berat memikirkan apabila ketiadaan mama nanti. Bukan tak berusaha tapi sebagai tatapan manalah tau tiba-tiba ajal menjemput mama nanti. kakak Alia jangan buli ada sangat yer kakak ,syuhada tu adik yang baik untuk kakak, syuhada jangan kerap sangat tidur kat atas simen tak baik ingat apa yang mama cakap tu...adam hero mama yang hensemboy ni pakar komputer kat umah seawal pagi kakak pegi sekolah adampun bangun nak pegi bilik komputer jg sampailah kakak balik dari sekolah. tak banyak yang mama boleh cakapkan tentang al azam ni azam anak mama ni tak boleh tidur kalau tak tidur kat bawah ketiak mama ,walaupun sekejap jer janji dah hidu ketiak mama yang wangi ni...mama selalu berdoa semoga biarlah ketika anak-anak mama ni semua dah besar dan pandai berdikari barulah mama tenang dan aman walaupun sakit teruk sekalipun  masa tu mama nak pegi pun mama tak risau dah cuma yang mama risaukan layakkah mama ni jadi penghuni syurga...Doakan untuk mama yer nak...

Mama akan persiapkan diri mama ni untuk menjadi umatNya yang terpilih untuk menjadi penghuni syurga ..InsyaAllah...

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop