Tuesday, June 28, 2011

Mati itu sudah pasti...tapi....

Posted by Farah Nuranis at Tuesday, June 28, 2011 0 comments
"Awak ni tak boleh mengandung ni...kenapa tak tanya doktor dulu ni?boleh mengandung ker tak boleh?...awak tau tak penyakit awak ni susah nak sembuh.."Emm..masih terdengar2 lagi suara misi yang gemuk tu, pada mulanya takut juga dengar apa yang baru keluar dari mulut dia tu...tapi saya sentiasa ingat apapun yang terjadi dan apa yang telah ditentukan olehNya pasti ada hikmah disebaliknya...InsayaAllah dipermudahkan segala urusanku didunia dan  di akhirat nanti amin..

Setelah berjumpa dengan doktor yang bertugas, saya kembali bersemangat untuk meneruskan dan melahirkannya didunia ini..terima kasih doktor kerana begitu memahami perasaan seorang ibu. Walaupun dia belum dilahirkan tapi kasih seorang ibu dan naluri  seorang yang bergelar ibu pasti tak sanggup kehilangan anaknya..walaupun nyawa jadi taruhan.

Keluarga semua pada mulanya memang tak berapa setuju dengan berita yang baru ini tapi setelah diterangkan semua dan berjanji akan jaga kesihatan dengan baik mereka terpaksa juga setuju lagipun ini keputusan kami suami isteri walaupun pada mulanya suamiku sendiri tak berapa setuju.

Mati itu pasti tapi bila dan dimana kita tak tahu...Ya Allah permudahkan semuanya bagiku hanya kepadaMu tempatku mengadu...
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop