Thursday, May 12, 2011

Tips Dalam Mendidik Anak

Posted by Farah Nuranis at Thursday, May 12, 2011 0 comments

Menjadi surirumah bukanlah tugas yang mudah sebenarnya, bagi seorang ibu yang amat mementingkan keluarga serta pendidikan anak-anak mesti akan merasai bahang tekanan dalam mendidik anak-anak supaya mempunyai ilmu dunia dan akhirat serta boleh menjadi anak yang soleh dan solehah.
Orang yang paling banyak masa mereka kat rumah adalah ibu mereka jadi kita sebagai ibu patut menjadi contoh yang terbaik buat mereka.Tugas itu bukanlah mudah sebenarnya, kadang-kadang boleh sakit kepala dan paling parah kalau kita menggunakan kekerasan jika mereka tak mendengar dan tak mematuhi apa yang kita suruh. Bagi seorang ibu yang mempunyai kesabaran dan tolak ansur mungkin masih boleh bersabar tapi bagi yang panas baran nak buat macam mana?
Setiap hari saya tak pernah lupa mendoakan supaya mereka menjadi anak yang baik dan dipermudahkan urusan mereka di dunia dan diakhirat kelak..amin

Disini ada beberapa tips yang sempat saya ambil dari website untuk panduan kita dalam mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang mudah mendengar kata-kata orang tuanya serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
  • Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.

Semoga kita mendapat maanfaat darinya InysaAllah

Monday, May 9, 2011

AHHH..SAYANG JANGAN NAKAL...

Posted by Farah Nuranis at Monday, May 09, 2011 0 comments

Rindu

Sayang anak mama.......jadi anak yang baik ye sayang.....Alia.....jadi kakak yang baik, Syuhada ngan Adam jadi adik yang baik tau......mama sayang anak mama..............

“…diri mendamba sebuah keikhlasan…atas nama sebuah kejujuran…jiwa merindui belaian nurani…atas nama kasih sayang sejati…x mampu untuk ku pertaruhkan…rupa paras setanding Puteri…yang ada padaku…hanya sekeping hati…yang bisa teguh mengasihi & menyayangi…sepenuh hati…pada insan istimewa…bertakhta di hati…sedaya kan ku jauhi…mencipta luka di hati…moga kekal bahagia diimpi…menguntum romantis kasih…mekar 2 hati…subur abadi…menunai segala ikrar janji…teguh ikatan cinta yg terpatri…ke hujung nyawa…kekal bersemadi…harapan cinta…x kan pernah pudar…selagi belum ku temui…dirinya…pemilik cinta yang bersemi…suratan Takdir…impian kasih…bahagia abadi…”

Rindu

Rindu

Rindu

Rindu

Rindu

Rindu

Selembut bayu mengusap pipiku di pagi yang indah tu........semalaman tak dapat melelapkan mata.........hati di usik kenangan yang sangat menyakitkan.....mengapa harus terkenang lagi ,mengapa harus teringat lagi......angin..... bawalah duka laraku ini pergi jauh dariku dan jangan cuba untuk kembali lagi....ku cuba pujuk hati ini......cuba untuk berlari dari kenangan semalam........namun ku gagal..gagal dan gagal lagi......................................dan lagi..............selalu tewas............hilang kawalan..............hati....siapa yang tak sakit? hati siapa yang tak kecewa???? ...........Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi.........................................................................

Buah hatiku anak mama.......kakak Alia, Syuhada, ngan hero mama yang satu ini Adam............sayang mama hingga kehujung nyawa mama.................jadilah anak yang baik...ye sayang......doa mama sentiasa bersama ngan kamu semua walaupun nanti mama bukan bersama dengan anak mama lagi.....................

Rindu

Rindu
farah nuranis.....
Rindu

Friday, May 6, 2011

25 Tanda Anda Sakit

Posted by Farah Nuranis at Friday, May 06, 2011 0 comments
25 Tanda-Tanda Sakit
Untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.'

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepalan dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.

c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah

Thursday, May 5, 2011

Hanya Untuk Wanita

Posted by Farah Nuranis at Thursday, May 05, 2011 0 comments

Apa yang diperlukan oleh seorang wanita dan apa yang dikehendaki oleh seorang suami. Sesungguhnya menjadi seorang isteri yang baik kepada suami bukan setakat menjadi seorang isteri yang setia dan taat kepada suami, tapi harus di ingat kita bukan sentiasa muda remaja dan sentiasa sihat, ingat mengingatilah kita dan sentiasalah kita saling muhasabahkan diri dan pastikan kita sentiasa disayangi suami dan inysaAllah menjadi seorang isteri solehah.
Setelah membuat pemerhatian maka saya rasa ini yang terbaik untuk kita amalkan.(Hanya untuk wanita)

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

 Kemudian:-
 1. Lakukan sedikit senaman ringan.

 2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
 bilikair.

 3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

 4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
 sehingga ke atas kepala

 5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
 menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
 sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
 rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
 kerja atau ke tempat belajar.

 6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

 7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
 untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

 8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
 ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

 9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan  diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

 11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

 12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau  kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti  pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
 Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
 hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan  berus gigi.

 15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

 Sakit kepala
 Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan
 membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

 Mulut harum
 Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit
 kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

 Membersihkan perut
 Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya
 makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas  yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah  dan teratur.

 Sakit tekak
 Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa
 kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung  muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.

 Hilangkan bau badan
 Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan  gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

 Tegang kulit
 Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan  air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

 Jerawat
 Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan
 dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang  dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering
dan  bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.

 Selamat mencuba.....

Sunday, May 1, 2011

Khasiat Pokok Dukung Anak

Posted by Farah Nuranis at Sunday, May 01, 2011 1 comments
Dukung Anak atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Phyllanthus niruri merupakan herba tahunan yang mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan. Ia merupakan tumbuhan tropika  yang biasa ditemui dengan mudah terutamanya di daerah pesisir pantai. Phyllanthus niruri juga sering ditemui tumbuh meliar di pinggiran batas tanaman sehingga sering dianggap sebagai rumpai yang tidak memberi sebarang manafaat. Tumbuhan ini tumbuh sehingga ketinggian 15-60 cm. Daun- daunnya kecil,berdekatan antara satu sama lain, tersusun dalam dua baris sehingga membentuk cabang-cabang daun yang menyerupai daun majmuk. Batangnya tegak, pendek dan dikategorikan sebagai tumbuhan herba.
Nama botani: Phyllanthus niruri - Keluarga: Euphorliaceae
Malaysia:- Dukung Anak, Kelek Anak
Indonesia:- Meniran
Sanskrit: - Bhumyamalaki
Tamil: - Nelli Kizha
Hindi: - Buin anvalah
Nama- nama lain:- Chanca piedra, quebra pedra, stone-breaker, arranca-pedras, punarnava, amli, bhonya, bhoomi amalaki, bhui-amla, bhui amla, bhuianvalah, bhuimy-amali, bhuin-amla, bhumyamalaki, cane peas senna, carry-me-seed, creole senna, daun marisan, derriere-dos, deye do, erva-pombinha, elrageig, elrigeg, evatbimi, gale-wind grass, graine en bas fievre, hurricane weed, jar-amla, jar amla, kizha nelli, malva-pedra, mapatan,para-parai mi, paraparai mi, pei, phyllanto, pombinha, quinine weed, sacha foster, cane senna, creole senna, shka-nin-du, viernes santo, ya-taibai, yaa tai bai, yah-tai-bai, yerba de san pablo

Sejak turun temurun lagi, Dukung Anak sudah dikenali kerana keberkesanannya bertindak sebagai perisai pelindung dan ubat kuratif untuk Penyakit kuning dan penyakit hati yang lain yang berkaitan. Selain daripada fungsi eksklusif tersebut, ia juga digunakan untuk masalah-masalah menstruasi dan rahim pada wanita.

Kajian yang dilakukan pada tikus menunjukkan bahawa:

    ekstrak Phyllanthus niruri amat bermanfaat untuk hati dan melindunginya. Penyelidikan mendapati pecahan protein yang dihasilkan dapat melindungi rangkaian hati terhadap tekanan oksidatif dengan meningkatkan pertahanan dengan membekalkan antioksidan kepada tikus.
    ekstrak Phyllanthus niruri turut menunjukkan aktiviti lipid yang mengakibatkan penurunan kolesterol pada tikus hyperlipemic.
    Phyllanthus niruri dapat menurunkan tekanan darah.
    Phyllanthus niruri turut memberi manfaat kepada penyakit batu karang ginjal. Asupannya dapat mengganggu pertumbuhan kristal kalsium oksalat.

Secara tradisional, Phyllanthus niruri telah digunakan sebagai ubat tradisi di banyak negara. sifat penyembuhannya telah dikenal pasti dan diakui oleh banyak pihak termasuk farmakologi moden dan ahli perubatan.

KHASIAT- KHASIAT LAIN:-
    Ia membantu dalam menyekat pertumbuhan virus hepatitis B yang ditemui dalam aliran darah.
    Ramuan ini dikatakan memiliki tindakan antikulat, antivirus dan hypoglecemic ( Merendahkan kadar gula dalam darah).
    Ekstrak air Phyllanthus niruri dilaporkan mempunyai kesan perencat terhadap human immunodeficiency virus (HIV).
    Sangat berguna dalam rawatan penyakit hati seperti penyakit kuning dan Sirosis ( Parut pada hati) . Ia juga membantu untuk memperbaiki hati berlemak (Fatty liver)  dan kerosakan hati kerana alasan apapun. Secara ringkasnya ia membantu proses penyembuhan dan mengembalikan keberkesanan fungsi hati.
    Air perahan tunas muda dijadikankan penawar untuk disentri.
    Daun adalah ubat popular terhadap demam.
    Digunakan untuk meningkatkan selera makan dan  untuk meringankan radang.
    Juga digunakan dalam kes anoreksia.
    Digunakan dalam jangkitan saluran kencing dan jangkitan bakteria seperti cyctitis dan protastitis kerana sifat diuretik ( pelawas ) yang dimilikinya.
   Jus segar dari semua bahagian dicampur bersama dengan mentega sangat berkesan dalam rawatan menorrhagia, Keputihan dan Gonorea.

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop