Thursday, May 5, 2011

Hanya Untuk Wanita

Posted by Farah Nuranis at Thursday, May 05, 2011

Apa yang diperlukan oleh seorang wanita dan apa yang dikehendaki oleh seorang suami. Sesungguhnya menjadi seorang isteri yang baik kepada suami bukan setakat menjadi seorang isteri yang setia dan taat kepada suami, tapi harus di ingat kita bukan sentiasa muda remaja dan sentiasa sihat, ingat mengingatilah kita dan sentiasalah kita saling muhasabahkan diri dan pastikan kita sentiasa disayangi suami dan inysaAllah menjadi seorang isteri solehah.
Setelah membuat pemerhatian maka saya rasa ini yang terbaik untuk kita amalkan.(Hanya untuk wanita)

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

 Kemudian:-
 1. Lakukan sedikit senaman ringan.

 2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
 bilikair.

 3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

 4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
 sehingga ke atas kepala

 5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
 menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
 sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
 rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
 kerja atau ke tempat belajar.

 6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

 7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
 untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

 8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
 ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

 9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan  diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

 11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

 12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau  kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti  pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
 Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
 hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan  berus gigi.

 15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

 Sakit kepala
 Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan
 membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

 Mulut harum
 Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit
 kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

 Membersihkan perut
 Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya
 makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas  yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah  dan teratur.

 Sakit tekak
 Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa
 kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung  muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.

 Hilangkan bau badan
 Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan  gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

 Tegang kulit
 Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan  air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

 Jerawat
 Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan
 dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang  dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering
dan  bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.

 Selamat mencuba.....

0 comments:

Post a Comment

0 comments on "Hanya Untuk Wanita"

Post a Comment

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop