Assalamualaikum
selamat petang semua..
Rasanya baru lagi balik kampung jumpa dengan keluarga dan saudara mara semua,tapi rasanya nak kena balik lagi sekali..rasanya hati tak sedap dan tak tenang mengingatkan keadaan ibuku yang dah tua tu dalam keadaan yang tak sihat..maklumlah orang tua yang dah berusia lebih dari 80 tahun macam2 kemungkinan yang jadi.
Bukan nak meminta benda tak elok jadi tapi untuk kali ini saya tak nak rasa menyesal dan terkilan kalaulah ditakdirkan apa2 yang terjadi..sekurang2nya saya redha dan boleh menerima dengan hati yang puas dan tenang.
Teringat terus dengan kenangan tiga tahun lepas.segala2nya seperti batu yang menghempap kepala hingga tak boleh nak berfikir yang ada dihati adalah penyesalan dan kesalan kerana tak tercapai hasrat untuk balik kekampung walaupun dia sering menyuruh balik..walaupun rindu terpaksa menahan hati sebab terlampau banyak urusan yang belum selesai...hinggalah dia pergi tak kembali lagi..disaat itu seribu penyesalanpun dah tak memberi erti dah...yang ada hanyalah kerinduan yang hingga kini sentisa mekar dihati ..semoga tenanglah bapa disana amin...hanya Tuhan yang maha mengetahui dan maha pengampun amin..
Kali ini saya merayu dan meminta kebenaran untuk balik sekejap untuk meluangkan masa dan sambil tu bolehlah bermanja2an dengan keluarga yang selama ni berjauhan..
Syukur alhamdulilah suamiku adalah suami yang memahami dan tahu erti kasih sayang dan kerinduan isterinya ini...selama ini sibuk menguruskan keluarga menguruskan anak2 yang semakin membesar..terima kasih abang sebab memberikan peluang untuk aku bersama2 dengan mama walaupun abang terpaksa menjaga anak2 dan menguruskan kebun..abanglah syurgaku dunia akhirat
Ampunkan dosaku dan halalkan makan minumku selama ini abang..dan doakan ayang sentiasa sihat ,berfikiran positif dan kuat dalam menempuhi kehidupan ini walau apapun yang mendatang dihadapan..amin
Hati x tenang nukilan hatipun berterabur...buat yang masih punya ibubapa yang duduk berjauhan ambillah masa untuk bersama2 dengan orang yang kita sayangi mungkin esok lusa siapa yang tahu antara kita siapa yang pergi dulu...jadi ambillah peluang mengeratkan silahturahim antara kita sekeluarga...semoga dipermudahkan segala urusan..dan semoga anak2 yang ditinggalkan dengan abah dorang nanti boleh menolong dan menjaga diri masing2 sementara ketiadaan mama dirumah..Tuhan jagakan mereka buatku...
Dari kelantan pergi sabah semoga dipermudahkan urusan..amin
0 comments:
Post a Comment