Sunday, October 29, 2017

Sle dan jari bergegar

Posted by Farah Nuranis at Sunday, October 29, 2017

Assalamualaikum..

Setiap kali perasaan terusik atau emosi tak terkawal mulalah hati berdebar2 jantung terasa berdegup dengan laju...sampai saat ini saya sendiri tak faham kenapa jadi begini...rasanya doktor sendiri tak boleh nak terangkan dengan terperinci apa sebenarnya penyakit sle ni kepada pesakit sle. Mungkin juga cara dia menyerang dari pelbagai sudut membuatkan penyakit sle ni setakat ini lagi tak ada pakar yang betul2 faham dan menemui ubat untuk penyembuhan 100%.
Prednisolon adalah penyelamat bagi pesakit sle seperti saya atau lebih tepat penyambung nyawa sementara waktu sahaja....untuk menlengah2kan serangannya dan bagi dia tidur....kalau terjaga alamatnya serangannya akan semakin kuat dari biasa...saya sdh mengalaminya sendiri dan rasanya saya sudah tak larat dan tak tahan untuk menangung kesakitan lagi....dan lagi..
Hari2 yang dilalui setiap hari sudah cukup untuk memahami badan sendiri..terasa tak bermaya dan tak berguna kadang2 sebab kerja yang dulu kita mampu buat tapi sekarang hanya mampu duduk berehat dan terbaring kalau sakit itu datang....

0 comments:

Post a Comment

0 comments on "Sle dan jari bergegar "

Post a Comment

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop