Thursday, February 28, 2013

HABBATUS SAUDA UBAT BAGI SEGALA PENYAKIT

Posted by Farah Nuranis at Thursday, February 28, 2013
Sakit satu perkataan yang semua orang takut...yang boleh merosakan kegembiraan seseorang tapi sakit itu juga boleh menjadi satu penghapus dosa2 kecil kita....syukur alhamdulilah saya antara orang2 yang terpilih untuk mendapat nikmat dariNya...

Saya akui memang bukan mudah untuk menerima pada mulanya tapi sekarang saya redha dan pasrah dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya untukku...walaupun berhadapan dengan sakit yang tak ada ubatnya tapi saya masih mampu tersenyum dan gembira...syukur  alhamdulilah saya masih orang yang bertuah dan beruntung kerana diberi peluang untuk bertaubat dan diberi peluang untuk menambahkan amal ibadat untuk bekal kita disana nanti....dah masuk tahun yang kelima saya bersama dengan penyakit bernama SLE sakit yang disebabkan terlebih antibodi dan dah macam-macam yang telah kami lalui bersama....memang ada hikmahnya...banyak sangat, saya mula cuba tak tinggalkan solat dan masih bertatih2 belajar selok belok agama .Kadang terlintas difikiran apa akan jadi kepada saya 10 tahun akan datang? masih bernafaskah lagi ataupun tidak?bermacam2 yang berligar2 difikiran kala sakit menyerang...hanya Tuhan saja yang tahu ,anak2 lah tolong urut atau tolong ambilkan air untuk makan ubat tatkala sakit menyerang saya akan berbaring sahaja seharian...suami walaupun jauh tapi tetap memantau tentang kesihatan begitu juga keluarga..saya akan cuba(buat2 sihat) menipu dan berbohong sebab tak nak mereka risau ..kalau boleh saya tak nak mereka risau dan susah hati cukuplah selama ini mereka saya telah susahkan...

sekarang ni saya memang bergantung sangat dengan ubat sehari tak makan ubat saya akan rasa kesannya...lesu ,letih dan sakit2 badan semua ada...nak makan ubat2 tak boleh makan tanpa pengetahuan doktor sebab ianya berbahaya sekarang saya cuma minum habatus sauda (betul ker ejaannya tu) kadang2selang seli minum madu, syukur alhamdulilah memang ada kesan rasa macam ada tenaga sikit dan rasa sihat, segar...

alamak....baby nangis pula....nanti saya akan sambung lagi.....

0 comments:

Post a Comment

0 comments on "HABBATUS SAUDA UBAT BAGI SEGALA PENYAKIT"

Post a Comment

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop