Sunday, October 29, 2017

Sle dan jari bergegar

Posted by Farah Nuranis at Sunday, October 29, 2017 0 comments

Assalamualaikum..

Setiap kali perasaan terusik atau emosi tak terkawal mulalah hati berdebar2 jantung terasa berdegup dengan laju...sampai saat ini saya sendiri tak faham kenapa jadi begini...rasanya doktor sendiri tak boleh nak terangkan dengan terperinci apa sebenarnya penyakit sle ni kepada pesakit sle. Mungkin juga cara dia menyerang dari pelbagai sudut membuatkan penyakit sle ni setakat ini lagi tak ada pakar yang betul2 faham dan menemui ubat untuk penyembuhan 100%.
Prednisolon adalah penyelamat bagi pesakit sle seperti saya atau lebih tepat penyambung nyawa sementara waktu sahaja....untuk menlengah2kan serangannya dan bagi dia tidur....kalau terjaga alamatnya serangannya akan semakin kuat dari biasa...saya sdh mengalaminya sendiri dan rasanya saya sudah tak larat dan tak tahan untuk menangung kesakitan lagi....dan lagi..
Hari2 yang dilalui setiap hari sudah cukup untuk memahami badan sendiri..terasa tak bermaya dan tak berguna kadang2 sebab kerja yang dulu kita mampu buat tapi sekarang hanya mampu duduk berehat dan terbaring kalau sakit itu datang....

Monday, October 9, 2017

Sle dan stress

Posted by Farah Nuranis at Monday, October 09, 2017 0 comments

Asalamualaikum..
Syukur alhamdulilah...
Selama 7 tahun bersama sle saya semakin memahami dan belajar untuk tidak bagi sle mengamuk.Pertama sekali paling penting elakan dan jauhkan diri dari tekanan...stress dan jauhkan diri dari orang2 yang negatif.

ubat memang x boleh skip ye tuan2 dan puan2 ,pemakanan juga harus dijaga dan berpantang...tapi biasalah saya manusia yang punya nafsu makan yang banyak jadi memang susah sikit nak disiplinkan diri..jadi akibatnya tidur kat hotel 5 bintanglah jawabnya...hahaha

Hati kena happy dan ceria...walau hati susah kena elak kalau tidak diri sendiri akan merana sayang2....sokongan keluarga membuatkan saya jadi lebih semangat untuk bertahan ...

Entahlah hari ni jadi nak meluah pula hari ni...tapi tiba2 otak jadi jeng..hihihi..

Walau doktor pernah marah dan buatkan hatiku terluka tapi sepatutnya dia tak boleh melukakan hati pesakit...walau kritikal sakitpun bagilah penerangan yang boleh diterima....tak pe saya dah maafkan dan terima kasih buat Datin (doktor pangkat Datin ) inilah contoh seorang doktor yang baik dan memahami hati pesakit semoga dipermudahkan urusanya dunia akhirat...amin

Saya pesakit sle yang yang awesome kuangkuangkuang😂😂😂...
Terima kasih buat keluargaku semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia akhirat amin...
Saya sayang keluarga saya😍😍

Tuesday, August 22, 2017

Balik kampung dikota marudu sabah..

Posted by Farah Nuranis at Tuesday, August 22, 2017 0 comments

Syukur alhamdulilah..masih diberikan umur yang panjang dan masih boleh berjumpa dengan keluarga dikampung.

Riang hatiku tak terkira dapat berjumpa dengan keluarga adik beradik sanak saudara dan berjumpa dengan anak saudara yang merangkap geng keras sejak dari kecil lagi...banyaknya memori dan cerita-cerita cinta monyet....opppss...

Kota marudu...dah semakin maju...kereta jangan cakaplah jalan sentiasa jem saja..deretan kedai pun semakin bertambah...syukur alhamdulilah penduduk pun semakin kaya raya hihi...

Balik kampung kali ni puas berjalan...apa taknya...ada yang membawa jalan...lagi satu siap ada pak supir dengan dj lagu lagi tu...hihihi...disini makcik ucapkan terima kasih banyak2 kerana melayan makcik dengan baik psssttt...psssttt hihihi...

Buat kakak2ku yang tersayang terima kasih kerana terasa diri ini disayangi....jika diizinkan lagi dan dimurahkan rezeki nanti adikmu akan balik lagi...adk doakan semoga kita sekeluarga diberikan kesihatan yang baik..dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dimurahkan rezeki insyaAllah..amin

#coretan rindu dikampung
#semoga kita semua baik2 saja

TENANG SAJA KO DISANA YE NAK...HIHI

Monday, November 21, 2016

Tawakal Redha dan sentiasa beriktihar

Posted by Farah Nuranis at Monday, November 21, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya blog yang sekadar meluah rasa ni sepi dan hambar..tapi hari ni hati ni seperti ada magnet nak singgah sekejap setakat menyedapkan rasa...kebiasaan waktu dan ketika ini mesti berkain telekung lagi sambil menunggu waktu solat isyak, oleh kerana uzur jadi banyaklah masa tu terluang kosong....

Entahlah tiba2 jadi sedih...mungkin perasaan orang perempuan uzur kut...kan..?

Sampai sekarang seperti tak percaya yang doktor sahkan saya penghidap penyakit SLE yang jarang2 orang kena....banyak liku2 dah ditemui...nak cakap satu2 tak larat...lagipun jari2 ni dah seminggu seperti mengeletar dan bergegar...setiap hari ada saja sakit2 yang akan datang...dan pergi.

Hati kena kuat dan betul2 kena tahan hati dan perasaan..solat dan doa paling penting...walau sakit macam manapun hanya diri sendiri yang akan lawan balik disamping sokongan dan perhatian dari adk beradk semua terutamanya kakak yang sama2 menetap jauh dari sabah negeri kelahiranku...kak runis terima kasih kak...kak lina terima kasih kak....kak yg disabah tak lupa juga..terima kasih kak  nur , kak fatimah kak agang dan kak juraini...saya sayang kakak dunia akhirat ...semoga kita semua sentiasa sayang menyayangi hingga akhir hayat....

Buat ibuku...janganlah risau ye...akan ku lawan habis2an hingga ketulang terakhir hahahaha....rindu pula nak bermanja2 dan dengar bebelan mama...

Walaupun sakit berdenyut2 kat belakang dan bawah pinggang ni tapi masih
Boleh tahan lagi....dalam fikiran ni patutkah saya pergi menyerahkan  diri untuk ditahan ditempat yang paling saya tak suka...denyut tu buat saya rasa macam nak nangis...boleh tahan sakit tapi sakit hati dan macam2 perasaan lagi yang datang...Ya Allah ampuni segala dosa2ku yang lalu dan kalau ni boleh menghapuskan dosa2ku aku redha Ya Allah...

Tulisan ini sekadar luahan hati untuk meluahkan rasa hati..terluah rasa hati dah rasa lega sikit perasaan ni..entahlah mungkin kesan2 sampingan ubatlah kut...takut nak sebut ubat tu...

Esok kalau sakit lagi hospitallah jawabnya...kalau makin ok bolehlah senang lenang lagi sementara sakit lain datang pula hahaha....minta2lah sakit lain tak kunjung2 tiba dan sakit yang sedia ada ni berambus cepat2...oppsss sorry...hihi

Monday, December 21, 2015

AL-FATIHAH

Posted by Farah Nuranis at Monday, December 21, 2015 0 comments

AL-FATIHAH

1:1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:2
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1:3
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

1:5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

1:6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1:7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Apapun penyakit kita kena redha dan iktihar mencari penawar dan yang paling penting sokongan keluarga..sesiapa yang kena penyakit ni akan sentiasa bergantung dengan ubat dan pastikan mendapat rehat yang cukup tak boleh buat kerja berat2 dah.saya antara pesakit sle juga tp doktor dah sahkan ujian darah dah semakin normal syukur alhamdulilah..saya amalkan makan habatussauda ,minum madu dan banyakan minum air masak dengàn izin dari Allah swt penyakit ni dah semakin memghilang...tp doktor pernah cakap yang penyakit ni akan sentiasa ada...setia sampai bila2 jadi sesiapa yàng senasib dengan saya tu bersabarlah dan iktihar...lagi satu jangan ambil peduli cakap2 orang yang boleh bagi jatuh semangat dan menyakitkan hati...sebab penyakit ni boleh dikatakan misteri bagi org yg x memahami ....saya pernah dikatakan pesakit Aids ..apapun penyakit kita kena banyak bersabar dan bersangka baik mungkin disebaliknya tersembunyi hikmahnya yang tidak kita ketahui...

Innalillahiwainanailaihirojiun ..semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman amin...

Tuesday, January 27, 2015

Penat tapi aku bahagia

Posted by Farah Nuranis at Tuesday, January 27, 2015 0 comments

Menjadi ibu kepada lima orang anak menjadikan aku lengkap sebagai seorang wanita. SYUKUR ALHAMDULILAH

Walaupun penat dan letih tapi inilah sebenarnya kebahagiaan kami sekeluarga. Hanya satu yang kudoakan buat anak2ku semoga menjadi anak yang beriman dan bertakwa.

Doa mama sentiasa mengiringi hingga keakhir hayat mama.

Thursday, December 18, 2014

Hidayah itu anugerah dari Allah swt

Posted by Farah Nuranis at Thursday, December 18, 2014 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba hati menjadi sayu dan sebak ,entah mengapa semakin di renung dan dikenang hati lagi menjadi pilu sangat. Demi Allah SWT doaku padaNya tak pernah putus mendoakan mereka yang paling aku sayangi mendapat hidayah dariNya untuk memeluk agama islam. Pernah dan selalu ketika ada kesempatan dan ruang untuk aku berdakwah kepadanya tentang indahnya agama islam, namun aku bukanlah tahu dan arif tentang agama islam sehingga mampu membawa mereka memeluk agama yang suci ini.

Ibuku insan yang telah melahirkan aku kedunia...katanya biarlah mama dengan agama asal mama ni, nanti x bersatu dengan keluarganya terutama ibunya katanya...lagilah sebak hatiku yang dah memang sayu ini...Ya Allah ya Tuhan kami engkau berikan hidayah kepada ibuku dan keluargaku yang lain semoga mereka akan merasai nikmatnya perasaan menunaikan solat menunaikan puasa di bulan ramadhan dan perasaan sebagai muslimin dan musliman . Setiap solat doaku tak pernah putus moga hatinya terbuka dalam agama islam. Doakan ibuku diberikan hidayah itu...amin

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop