Monday, November 21, 2016

Tawakal Redha dan sentiasa beriktihar

Posted by Farah Nuranis at Monday, November 21, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya blog yang sekadar meluah rasa ni sepi dan hambar..tapi hari ni hati ni seperti ada magnet nak singgah sekejap setakat menyedapkan rasa...kebiasaan waktu dan ketika ini mesti berkain telekung lagi sambil menunggu waktu solat isyak, oleh kerana uzur jadi banyaklah masa tu terluang kosong....

Entahlah tiba2 jadi sedih...mungkin perasaan orang perempuan uzur kut...kan..?

Sampai sekarang seperti tak percaya yang doktor sahkan saya penghidap penyakit SLE yang jarang2 orang kena....banyak liku2 dah ditemui...nak cakap satu2 tak larat...lagipun jari2 ni dah seminggu seperti mengeletar dan bergegar...setiap hari ada saja sakit2 yang akan datang...dan pergi.

Hati kena kuat dan betul2 kena tahan hati dan perasaan..solat dan doa paling penting...walau sakit macam manapun hanya diri sendiri yang akan lawan balik disamping sokongan dan perhatian dari adk beradk semua terutamanya kakak yang sama2 menetap jauh dari sabah negeri kelahiranku...kak runis terima kasih kak...kak lina terima kasih kak....kak yg disabah tak lupa juga..terima kasih kak  nur , kak fatimah kak agang dan kak juraini...saya sayang kakak dunia akhirat ...semoga kita semua sentiasa sayang menyayangi hingga akhir hayat....

Buat ibuku...janganlah risau ye...akan ku lawan habis2an hingga ketulang terakhir hahahaha....rindu pula nak bermanja2 dan dengar bebelan mama...

Walaupun sakit berdenyut2 kat belakang dan bawah pinggang ni tapi masih
Boleh tahan lagi....dalam fikiran ni patutkah saya pergi menyerahkan  diri untuk ditahan ditempat yang paling saya tak suka...denyut tu buat saya rasa macam nak nangis...boleh tahan sakit tapi sakit hati dan macam2 perasaan lagi yang datang...Ya Allah ampuni segala dosa2ku yang lalu dan kalau ni boleh menghapuskan dosa2ku aku redha Ya Allah...

Tulisan ini sekadar luahan hati untuk meluahkan rasa hati..terluah rasa hati dah rasa lega sikit perasaan ni..entahlah mungkin kesan2 sampingan ubatlah kut...takut nak sebut ubat tu...

Esok kalau sakit lagi hospitallah jawabnya...kalau makin ok bolehlah senang lenang lagi sementara sakit lain datang pula hahaha....minta2lah sakit lain tak kunjung2 tiba dan sakit yang sedia ada ni berambus cepat2...oppsss sorry...hihi

Monday, December 21, 2015

AL-FATIHAH

Posted by Farah Nuranis at Monday, December 21, 2015 0 comments

AL-FATIHAH

1:1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:2
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1:3
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

1:5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

1:6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1:7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Apapun penyakit kita kena redha dan iktihar mencari penawar dan yang paling penting sokongan keluarga..sesiapa yang kena penyakit ni akan sentiasa bergantung dengan ubat dan pastikan mendapat rehat yang cukup tak boleh buat kerja berat2 dah.saya antara pesakit sle juga tp doktor dah sahkan ujian darah dah semakin normal syukur alhamdulilah..saya amalkan makan habatussauda ,minum madu dan banyakan minum air masak dengàn izin dari Allah swt penyakit ni dah semakin memghilang...tp doktor pernah cakap yang penyakit ni akan sentiasa ada...setia sampai bila2 jadi sesiapa yàng senasib dengan saya tu bersabarlah dan iktihar...lagi satu jangan ambil peduli cakap2 orang yang boleh bagi jatuh semangat dan menyakitkan hati...sebab penyakit ni boleh dikatakan misteri bagi org yg x memahami ....saya pernah dikatakan pesakit Aids ..apapun penyakit kita kena banyak bersabar dan bersangka baik mungkin disebaliknya tersembunyi hikmahnya yang tidak kita ketahui...

Innalillahiwainanailaihirojiun ..semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman amin...

Tuesday, January 27, 2015

Penat tapi aku bahagia

Posted by Farah Nuranis at Tuesday, January 27, 2015 0 comments

Menjadi ibu kepada lima orang anak menjadikan aku lengkap sebagai seorang wanita. SYUKUR ALHAMDULILAH

Walaupun penat dan letih tapi inilah sebenarnya kebahagiaan kami sekeluarga. Hanya satu yang kudoakan buat anak2ku semoga menjadi anak yang beriman dan bertakwa.

Doa mama sentiasa mengiringi hingga keakhir hayat mama.

Thursday, December 18, 2014

Hidayah itu anugerah dari Allah swt

Posted by Farah Nuranis at Thursday, December 18, 2014 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba hati menjadi sayu dan sebak ,entah mengapa semakin di renung dan dikenang hati lagi menjadi pilu sangat. Demi Allah SWT doaku padaNya tak pernah putus mendoakan mereka yang paling aku sayangi mendapat hidayah dariNya untuk memeluk agama islam. Pernah dan selalu ketika ada kesempatan dan ruang untuk aku berdakwah kepadanya tentang indahnya agama islam, namun aku bukanlah tahu dan arif tentang agama islam sehingga mampu membawa mereka memeluk agama yang suci ini.

Ibuku insan yang telah melahirkan aku kedunia...katanya biarlah mama dengan agama asal mama ni, nanti x bersatu dengan keluarganya terutama ibunya katanya...lagilah sebak hatiku yang dah memang sayu ini...Ya Allah ya Tuhan kami engkau berikan hidayah kepada ibuku dan keluargaku yang lain semoga mereka akan merasai nikmatnya perasaan menunaikan solat menunaikan puasa di bulan ramadhan dan perasaan sebagai muslimin dan musliman . Setiap solat doaku tak pernah putus moga hatinya terbuka dalam agama islam. Doakan ibuku diberikan hidayah itu...amin

Tuesday, October 14, 2014

Syafiah anak mama

Posted by Farah Nuranis at Tuesday, October 14, 2014 0 comments
permata hati mama dan abah....syukur alhamdulilah

Sawohku Om Tambalutku(Suamiku Dan Kawanku) selamat hari jadi abg...

Selamat hari jadi buat suamiku

minta maaf abang tak ade ape hadiah yang istimewah buatmu tapi yang pasti ada hadiah yang paling berharga buat abang...Farah Nuramani Syafiah semoga Syafiah dapat menjadi anak yang dapat abang banggakan dan menjadi anak yang solehah amin..

Sambil mendukung dan menenenkan Syafiah ,ayang dapat juga buat ucapan buat abang...

Abang semoga abang sentiasa sihat walafiat dan dengar cakap ayang...hhehe
walau dalam pantangpun sempat juga update blog ni kan?:)

ucapan yang lain2 tu nantilah ayang bagitau sebab si syafiah ni merengek dah..
sedar tak sedar dah lima orang rakyat jelata kita abg...huhuhu..walau sakit pun masih kuat mengandung dan beranak...tulah orang cakap tak sedar diri :(

syukur alhamdulilah dalam mengandungkan syafiah doktor mengesahkan yang ayang bebas dari rutin harian makan ubat keramat tu..jadilah baby ni nama syafiah yang maksudnya kesembuhan..

lagi satu setiap anak tu membawa rezeki buat kedua orang tuanya dan syukur alhamdulilah....

Wednesday, January 15, 2014

ALAH BISA,TEGAL BIASA....

Posted by Farah Nuranis at Wednesday, January 15, 2014 0 comments
Malam semakin larut mata macam tak mengantuk...emmm mungkin sebab terlebih makan tadi kut.
Tiba-tiba teringat tempatku meluahkan dalam hati yang hanya aku jer yang faham kut...esok budak2 tu sekolah lagi tapi semua dah beres dah tinggal nak siapkan budak2 ngan bapa budak tu jer dgn sarapan speselku nasi goreng ala2 cina (spesellah konon...huhu)
       Nak mula dari mana pun tak tau mungkin otak dah berkarat kut tiba2 mcm blurr2 jer ni...emmm hentam jerlah labu...Tahun ni hari ni dan sekarang genaplah usiaku 36 tahun huhuhu...dah tua rupanya aku ni...rasa mcm baru jer semalam balik dari sekolah  rendah.. tuptup sekarangg dah anak empat orang dah....hehe cepat sangat masa berlalu .Sepanjang perjalanan usia sekarang memang banyak yang manis pahit dan tawar2 pun ada juga tapi dah namanya kehidupan, kena hadapinya walau pahit macam hempedupun harus ditelan...rasa tu belakang kiralah, Janji hidup harus diteruskan demi orang yang tersayang dan demi satu kehidupan, yang dah tertulis tu adalah takdir kita didunia. Syukur alhamdulilah atas anugerah yang tak terhingga ,anak2 yang semakin membesar ada didepan mata....syukur alhamdulilah......walau jauh dari keluarga dikampung nun disabah sana tapi aku bahagia dengan keluargaku disini...keluarga kecilku dan keluarga besar suamiku.Walau jauh dari keluarga yang dirindui selalu.
  Kadang kesunyian datang bertandang kala anak2 ke sekolah ,suami pergi kerja tapi tu semua alah bisa tegal biasa tapi terkadang fikiran melayang-layang jauh disana juga. Tempat jatuh lagikah teringat ini kan pula tempat kita membesar dengan seribu kenangan terindah...
  Tahun ni ingat nak stop segala ubat2an dan sewaktu denganya dan rasa macam nak stop ke hospital....dan sekarang date dengan doktor Tee kat Hospital Kuantan dah berlalu ,bukan sengaja sebenarnya tapi terlupa.
Syukur alhamdulilah sekarang rasa macam dah sihat walafiat sakit tu dah berkurang cuma dia ni rindu kat tuan dia jadi kadang-kadang dia datang menjenguk-jenguk jugak...bagus2 sekurang2nya tuan tu tak lupa diri terus...doktor dah bagi kepercayaan tentang ubat tu...huhhuhu stok ada 2 bulan lagi....fuh lega...
   Sesiapa yang ada sakit yang  susah sikit naksembuh atau memang  macam tu jerlah....yang memang bergantung dengan ubat saya rasa cuba try ubat tablet Habatus sauda' dan serbuk habatus sauda'. Amalkan minum dalam tiga kali sehari inn sya Allah diberi kesembuhan .Naksembuh dan sihat kita kena iktihar dan usaha agar diberi kesembuhan dan yang paling penting doa kepadaNya.
  Mata dah layu tahap nak tidur bawah selimut ni....sejuk sungguh malam ni....terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yang mengingati hari yang mana amat bermakna ini...apapun selamat menjadi orang yang berusia buat diriku....huhuhu
 
Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop