Kita manusia, banyak yang kita cari tika di dunia ini. Yang paling penting , manusia cari , “Kebahagiaan di dunia mudah-mudahan cemerlang di akhirat.”
semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga keakhir hayatku......amin..
Mama..mama....anak sulungku yang dah mula sekolah asyik tak henti-henti mengatakan yang dia nak buat kek buat mama yang paling sedap.....hehe..rasa terharu juga kata-katanya itu...kek yang paling sedap sekali....."kakak buat untuk mama"...........hehehe...sayang anak mama....emm..hari ni ada orang kena buat donat....saja nak rasa air tangan suami...terima kasih abang...ampunkan salah dan dosaku selama bersama abang...hari ini rehat jer kat umah, badan rasa tak sedap(macam demam) hari ini rehat saja, ada orang tolong hehe..abang tak keja sebab nak uruskan anak pergi sekolah...dari buat sarapan sampai makan malam, uruskan anak-anak,kasihan juga tapi dah badan tak sihat kena diam jerlah...mungkin inilah hadiah hari jadiku yang...dot..dot...hehe tua dah punnn...
Ada kata-kata dalam agama menyebut : Manusia yang cemerlang adalah hari ini dia lebih baik dari semalam....
Tiba-tiba teringat pula kat emak yang jauh di sana....ada kerinduan yang tak pernah padam....naluri seorang ibu...mesti dia juga merindukanku jua...sepatutnya hari ini untuknya dan buat memperingati betapa dia sakit dan menahan segala keperitan ketika melahirkanku......-Penghargaan kepada seorang Ibu
Kewajaran Meraikan Hari Lahir
Bagi saya, sesuatu tarikh itu kita boleh untuk mengenangnya untuk :
Membawa kebaikan pada diri,menghargai pada seorang ibu yang telah melahirkan kita kedunia ini.
Ramai orang, selalu melihat yang pertama, tetapi selalu terlepas pandang yang kedua.Kalau budak-budak kecil, mereka gembira dengan hadiah-hadiah, tetapi kita yang sudah bukan kecil lagi ni, masa ni lah untuk kita berikan hadiah atau penghargaan pada ibu kita. Kerana disebabkan ibu, kita dilahirkan.
Apa kata, mulai hari ini kita war-warkan pada sahabat-sahabat kita, walaupun benda ni ada yang dah buat, tapi masih tidak ramai.Kita hargai seorang ibu yang disebabkan dia kita ada di dunia ini.
Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri kita dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.
Terima kasih buat semua teman-teman yang mengingatkan betapa saya dah tua..huhuhu
0 comments:
Post a Comment