Sunday, October 31, 2010

Buat ister,ibu dan wanita.....buat renungan bersama

Posted by Farah Nuranis at Sunday, October 31, 2010
Nota Facebook -Tok Wan

Nota Facebook -Tok Wan

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
Sunday, October 31, 2010 12:38 AM

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .

Lanjutkan dan share rakan2 serta kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Sesiapa yang tidak tahu membaca Al Quran boleh belajar...sila rujuk kepada pautan video di bawah ini...

http://www.youtube.com/watch?v=X9w_j169HKQ

Salam Ukhuwah..~

ANDAI SEMUA ITU BELUM CUKUP
Friday, October 29, 2010 6:16 PM

Masjid Ar Rahman semasa tsunami 2004

Bagaimana Kita menanggapi sekian banyak 'teguran' dari ALLAH SWT ini. Adakah cukup dengan rasa sedih Dan pilu tatkala menghitung angka korban, jumlah kerugian harta benda, atau hanya memanjangkan perdebatan tentang siapakah yang bertanggungjawab atas kerosakan Dan kehilangan nyawa, sekadar itu?

Salah sebuah rumah orang Mentawai di Mentawai sebelum Tsunami.

Atau pernahkah Kita meneliti Dan mempelajari hikmah disebalik semua musibah ini: tsunami Aceh 2004 yang sangat menggerunkan, diikuti gempa bumi yang dahsyat di sana sini, dengan sekian banyak ‘ayat-ayat-NYA' yang terserlah dari setiap peristiwa yang terjadi, sungguh mudah Dan cepat Kita melupakannya, tidak Ada iktibar yang singgah menginsafkan Kita untuk kembali kepada-NYA..renungkanlah!

Rumah orang Mentawai. Perhatikan beberapa ekor khinzir (yang diharamkan Islam) dihalaman rumah mereka.

Mangsa tsunami di Mentawai minggu lepas.

Angka korban meningkat

PADANG: Pesawat Dan helikopter yang penuh dengan pekerja penyelamat Dan bekalan bantuan mendarat buat kali pertama di kepulauan pedalaman Indonesia semalam selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami setinggi tiga meter lewat Isnin lalu, meragut sekurang-kurangnya 311 nyawa.

Seramai 160 cedera manakala 410 lagi hilang.

Gambar pertama yang dirakam menerusi udara menunjukkan sebahagian besar kawasan itu ditenggelami air Dan tempat kediaman musnah akibat dipukul ombak besar itu.

Ia satu daripada dua bencana yang melanda Indonesia dalam tempoh 24 jam. Gunung berapi paling aktif di negara itu, Gunung Merapi yang terletak kira-kira 1,300 kilometer ke timur Sumatera meletup petang kelmarin, mengeluarkan ASAP Dan menyebabkan 30 orang terbunuh.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di sepanjang Lingkaran Api yang terdedah kepada gempa bumi Dan kegiatan gunung berapi. Sejak gempa melanda Kepulauan Mentawai malam Isnin lalu, ombak kuat Dan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat, menyebabkan penduduk terpaksa berdikari untuk menyelamatkan diri.

Tanpa tenaga secukupnya untuk menggali kubur, mayat terbiar bergelimpangan di kawasan pantai Dan jalan raya, kata ketua daerah di kepulauan itu, Edison Salelo Baja. Pegawai bantuan bencana masih berusaha menjejaki lebih 12 kampung di kawasan paling teruk terjejas di Kepulauan Mentawai, destinasi popular untuk peluncur ombak.

Kawasan itu hanya boleh dimasuki dengan menaiki bot selama 12 jam. Ketua Pusat Bencana Kementerian Kesihatan, Mujiharto berkata, pegawai bantuan membawa bersama-sama mereka beratus-ratus beg mayat.

Gempa dengan magnitud 7.7 itu yang melanda lewat Isnin lalu berlaku 20 kilometer di bawah dasar lautan. Ia diekori dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan yang terkuat berukuran 6.2. Ketua Pusat Pengurusan Bencana Sumatera Barat, Harmensyah berkata, jumlah korban akibat tsunami itu meningkat kepada 311 orang Dan lebih 400 penduduk hilang.

Pegawai berkata, beratus-ratus rumah kayu hanyut di Pulau Pagai dengan sebahagian besar kawasan pertanian Dan jalan raya ditenggelami air.

Di Muntei Baru, sebuah kampung di Pulau Silabu, 80 peratus kediaman rosak teruk. Kedua-dua pulau itu adalah sebahagian daripada kepulauan Mentawai, kira-kira 270 kilometer dari pantai barat Sumatera. - AFP

Orang Mentawai.

Persembahan kaum Mentawai di Padang sedikit masa lalu.

Sesungguhnya saya kesal, kecewa Dan dukacita membaca laporan akhbar yang menyebut bahawa kerajaan berhasrat

Menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa Dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 Dan MotoGP.

Laporan berkenaan boleh didapati di sini.

Tidak cukupkah lagi lambakan pusat-pusat hiburan yang melalaikan yang wujudnya bak cendawan tumbuh selepas hujan, sehingga perlu ditambah Dan diperhebatkan?

Tidak sedarkah lagi dengan keruntuhan akhlak Dan moral masyarakat yang tergambar dari kes-buang bayi, zina Dan pergaulan bebas, pembunuhan kejam, samun Dan rompakan Dan lain-lain kejahatan yang menghakis damai Dan tenang dari kehidupan seharian?

Andai tsunami Aceh masih belum mampu menyedarkan, andai gempa di sana sini belum cukup menginsafkan, bimbanglah....khuatirlah...., bahawa ALLAH sangat mampu ‘mengingatkan’ Kita dengan sesuatu yang lebih besar, lebih hebat Dan lebih memusnahkan dari semua bencana alam yang pernah berlaku sebelum ini.

Sesungguhnya kami berlindung hanya kepada-MU ya ALLAH...kerana kami sedar :

انا لله وانا اليه راجعون

Salam Ukhuwah..~

PERINGATAN SEBELUM DATANG 7 PERKARA
Friday, October 29, 2010 1:22 AM

Antara usaha untuk selamatkan diri dari fitnah dajjal dengan membaca surah Al Kahfi

Kitab : Riyadussolihin

Tajuk : Berlumba-lumba melakukan kebaikan

Lokasi : Masjid AnNur, WP Labuan

Imam Nawawi menukilkan sebuah hadith Rasulullah saw yang mana ada kaitannya dengan bab berlumba-lumba dalam mengerjakan kebajikan dan kebaikan. Sebuah hadith riwayat atTirmizi yang menceritakan bahawa Baginda mengingatkan kita agar melakukan kebaikan sebelum 7 perkara ini datang. 7 perkara tersebut jika ia datang, ia sedikit sebanyak menghalang niat kita untuk melakukan kebaikan dengan sempurna. Baginda sebut agar kita segera melakukan kebaikan sebelum :

1- Kemiskinan yang merosakkan.

Mengapa Baginda sebut merosakkan? Ini kerana ada orang yang miskin tetapi masih ingatkan Allah. Kita takut, apabila kita jatuh miskin, kita sudah mula melupakan segala nikmat yang telah Allah kirimkan sebelumnya. Akhirnya, kita caci, kita maki, kita kutuk semua pemberian Allah dan kita tidak tahan tersebut ujian tersebut. Ini kan merosakkan! Oleh itu segeralah buat kebaikan sebelum kita jadi miskin yang tidak ingat dan tidak sabar atas ujian Allah ini.

2. Kaya tapi sombong

Nabi sebut kaya yang sombong. Ini juga bermaksud ada orang yang kaya tetapi pemurah seperti Abdurrahman bin Auf. Apabila kita mula menjadi kaya tetapi kita sombong kepada makhluk apatah lagi sombong kepada Allah, kita pasti tidak akan berupaya lagi melakukan kebaikan. Ini kerana sifat sombong yang ada dalam kategori mazmumah itu mencacatkan usaha kita berbuat kebaikan. Apatah lagi, orang yang sombong dengan hartanya itu tidak lagi ingin bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah itu secara percuma dan sementara.

3. Sakit yang merosakkan.

Sakit juga ada dua jenis. Ada yang sakit tetapi masih ada harapan sembuh seperti demam, kudis dan sebagainya. Yang disebutkan merosakkan disini ialah sakit yang hampir tiada harapan sembuh seperti kanser pada tahap yang sangat kronik, orang yang sedang dalam keadaan koma dan sebagainya. Jika kita berada di dalam situasi ini, kita tidak lagi dapat melakukan sedekah, solat, membantu saudara kita dan sebagainya yang dianggap amal-amal soleh.

4. Tua yang nyanyuk.

Ertinya ada tua yang masih bagus memorinya. Dan ada pula yang nanyuk. Nak mengelakkan nanyuk ini dalam bab yang lain. Cuma baginda sebutkan disini apabila kita ditakdirkan tua yang nanyuk, kita tidak lagi dapat berpeluang melakukan kebaikan. Ini kerana kita pun tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk pada ketika itu.

5. Mati mengejut.

Kita selalu berdoa agar kita mati dalam keadaan yang baik (husnul khotimah). Saya pun tidak tahu dimanakah dan bagaimana cara mati yang akan ditakdirkan oleh Allah. Ini kerana pada masa ini, peluang berbuat kebaikan sudah tiada ada. 0% untuk melakukan kebaikan. Yang ada, hanya ada zuriat yang soleh, sedekah jariah yang pernah kita salurkan dan sebagainya dari khidmat kita sewaktu hidup. Tetapi jika zuriat pun sibuk melakukan dosa, kita juga akan terkena tempiasnya!

6. Zahirnya Dajjal.

Ini antara fitnah terbesar. Doa-doa yang nabi ajarkan juga adalah merujuk agar kita dielakkan daripada terkena fitnah Dajjal. Ini kerana bila-bila masa syahadah kita akan tertanggal jika iman kita lemah dan tidak kukuh berada di dalam dada. Kita tidak sempat melakukan kebaikan lagi secara sempurna kerana fitnah tersebut mula meresapi pelusuk alam pada ketika itu dan keadaan menjadi huru-hara.

7. Kedatangan Hari Kiamat.

Inilah fitnah paling dahsyat. Nabi pernah sebut bahawa manusia yang hidup pada ketika hari-hari terakhir bumi akan dihancurkan, manusia dalam keadaan paling jahat! Tidak ada harapan melakukan kebaikan pada waktu ini.

Semua yang baginda sebutkan 7 perkara ini adalah sebagai ujian daripada Allah. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersegera melakukan kebaikan samada sedekah, solat, memberi makan anak yatim, menolong orang yang sudah tua, membanting tulang membantu ibu bapa dan sebagainya sebelum datang 7 perkara yang disebutkan diatas.

Dipetik dari bahan: ct nafisa

pautan: http://mesrarakyat.wordpress.com/page/4/

Salam Ukhuwah..~

ISTERIKU SAYANG
Thursday, October 28, 2010 3:53 AM

"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu."

Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.

Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.

Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.

Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.

Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."

Siapa yang tidak mau kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."

Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.

Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian yaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darajat disisi Allah.

Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.

Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.

Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

Salam Ukhuwah..~

AZAB WANITA
Thursday, October 28, 2010 3:20 AM

Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1.. Biarkan infi ini tetap dalam facebook Tok Wan.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Salam Ukhuwah..~

PEMBURU DAN PENIAGA TIKUS DI MOZAMBIC
Monday, October 25, 2010 11:00 PM

Dipinggir perkampungan Modamba di Mozambic terdapat ramai kanak2 yang memburu tikus ladang untuk dipanggang dan dijual kepada orangramai yang lalu lalang dikampong tersebut. Tikus2 tersebut akan disiat kulitnbya dan di panggang atau disalai sehingga masak.

Setiap secucuk tikus yang mengandungi antara 6 ke 7 ekor yang sudah siap dipanggang / salai akan dijual dengan harga RM 1. Rata2 pendapatan pemburu tikus ini beroleh pendapatan RM 10 setiap hari. Itu adalah pendapatan yang cukup lumayan bagi kehidupan di Mozambic.

Pemburu tikus beraksi

Menyangkul sehingga dalam lubang untuk mendapatkan tikus.

Rakan2 sesama seperburuan.

Semak samun turut dibakar sehingga memaksa tikus yang bersembunyi keluar dari persembunyian.

Sebelum dibakar tikus tersebut dibersihkan termasuk buang kotoran najis.

Kemudian tikus yang sudah dikepit dgn kayu disalai.

Kumpulan peniaga tikus.

Aktibiti menjual tikus.

Cara makan macam sate juga.

Orang lalu lalang jadi pembeli utama.

Salam Ukhuwah..~

KELEBIHAN ZIKIR 'LAILAHA ILALLAH'
Saturday, October 23, 2010 2:13 PM

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilaha illallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilaha illallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".

Kelebihan:

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ˜Laailaha illallah'. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ˜Laailaha illallah' di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ˜Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ˜ucapkanlah Laailaha illallahsebanyaknya'.

6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ˜Laailaha illallah' sampai kepada Allah

7. Hadis lain: Zikir ˜Laailaha illallah' tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ˜Laailaha illallah' diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Sila share dengan rakan anda.

Salam Ukhuwah..~

ISLAMIC FASHION FESTIVAL 2010
Friday, October 22, 2010 6:11 PM

Assallam'alaikum...

Tok tak suka membuka keaiban orang apa lagi orang itu Muslim. Namun hal Rosmah Mansur merasmikan festival pakaian yang kononnya Islam telah menarik minat Tok untuk menulis sedikit. Minta maaf yer.

Kalau dilihat dalam gambar dibawah ini memang pun itu bukan pakaian Islamic. Tak tau ler kalau ada rakan2 yang bwersetuju bahawa itu adalah pakaian Islamic.

Dalam hal ini Pesta Pakaian Islamic tersebut seolah2 menghina Islam itu sendiri. Dipersendakan oleh perempuan No 1 Negara. Tok tidaklah nak marah sesiapa. Tetapi kita sebagai rakyat harus sedar pada fakta sebenar. Jangan kita terikut pemimpin yang tidak betul. Memang dalam Fasa ke 4 akhir zaman ini pemimpin yang bercelaru sudah disebut akan muncul. Barangkali ini juga yang dimaksudkan pemimpin yang dilantik dari kalangan yang tidak tahu hal agama /sijahil.

Marilah kita berdoa supaya Rosmah Mansur cepat sedar dari kealpaan dan cepat bertaubat. Nau'zubillah...

Semua foto diambil dari: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-via-1malaysia-kerajaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FEEVad+%28%3A%3A+RUANG+BICARA+PRIA+MALAYA+%3A%3A%29&utm_content=Yahoo%21+Mail

Rakaman video juga ada dalam Youtube. (jika masih belum di REMOVE oleh orang yang upload)

Salam Ukhuwah..~
TUTOP BOTOL PLASTIK-GUNA SEMULA
Wednesday, October 20, 2010 6:49 PM

Tutup botol plastik seperti botol air minuman biasanya dibuang selepas isinya habis diminum. Namun kebelakangan ini muncul satu idea bagaimana menggunakannya semula didapur. Sila lihat gambar dibawah ini dan anda akan faham bagaimana untuk menggunakan semula penutup botol plastik tersebut.

Mula2 potong menggunakan gunting atau pisau ikut sukatan seperti gambar dibawah.

Kemudian boleh buat pemateri sementara bahan makanan yang berbaki selepas dibuka dalam paket plastik seperti gambar dibawah.

Senang saja kan. Marilah kita sama2 mencuba penggunaan ini.

Salam Ukhuwah..~
RAHSIA WUDHU'
Tuesday, October 19, 2010 10:04 PM

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk . Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84 Tangan 95 Kepala 64 Telinga 125 Kaki 125 Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda. Sila share dengan rakan2 anda di fb atau blog masing2.

Salam Ukhuwah..~

0 comments:

Post a Comment

0 comments on "Buat ister,ibu dan wanita.....buat renungan bersama"

Post a Comment

Warna kehidupanku Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop